kita2.... ;-p

Sunday, March 31, 2013

gusar hati seorang mommy yg kerjanya dokter gigi

Fuhhh...
Panjang tu tajuk entry.
Dah tak tau nak letak tajuk apa.
Tulis je lah apa yg terlintas di benak.


Gusar kan apa?

Oncall !..

I used to sukakan oncall.
Suka jahit2 mulut muka orang.
Feeling surgeon gitu.
Dan pernah bercita2 nak jadi oral maxillofacial surgeon.
Pernah la.
Dulu.
Masa bujang.
Masa belom kawen.
Masa takde anak.
Masa tak tahu keseronokan jadi isteri jadi emak.
Masa tak tahu kegusaran hati bila kena tinggal anak sbb kerja.
Dulu.


Dulu.
Masa bujang, saya rajin je nak tolong gantikan oncall officer lain.
Saya kan bujang.
Takde tanggung jawab.
Rumah plak dekat dgn spital.
Tak salah saya tolong officer lain yg x dpt nak oncall sbb masalah keluarga,masalah peribadi.
Malah,kalau time raya, saya volunteer je nak oncall raya pertama kedua.
Bagi peluang pada officer lain yg dah berkeluarga.
Biarlah,kita yg bujang ni,setakat nak jalan2 raya, bila2 masa pun boleh kan.
Dulu.


Sekarang, gundah gulana tau bila dapat jadual oncall.
Duduk Paka, kne oncall spital Dungun. Jarak 23km. Tengah2 perjalanan,kne lalu Bukit Bauk, femes dgn puaka.
Ok, xnak percaya benda karut lah.
Tp kan,dlm sebulan mesti ada je kereta atau motosikal atau van atau lori yg accident kawasan tu.
Jadinya, ko x seram ke kalo nak lalu situ drive sorang diri pukul 2 pagi.
Meremang jugak kan.
Huuu..
Jadi, kne la Arjuna hantar.
Bila dia hantar kne bawa anak sekali sbb sapa nak jaga anak kat rumah kan.
Daddy dgn Qasyaf tunggu mommy dalam kete.
Skang,ada Qisya.
Mommy keje, daddy jaga Qisya, sapa nak jaga Qasyaf?
Sian anak hensem mommy tu.


Bulan 1, ibu dtg amik Qasyaf bawa balik kg sementara saya oncall.
3 malam Qasyaf xde rindu babe!..Rindu!...
Bulan 2, berjaya pujuk seorang officer bujang suh gantikan oncall saya.
Bulan 3 iaitu sekarang, ibu dtg teman kat rumah.
Khamis ibu datang dgn chudik.
Ada kes mlm semalam, tenang je rasa sbb ibu ada jaga Qasyaf dan Qisya kat rumah.
Tp pagi tadi ibu dah balik sbb chudik kne sekolah.
Malam ni ada satu malam lg kne standby oncall.
Tolong la doa supaya takde kes.
Kalau tak,kne berangkut bawa Qasyaf dan Qisya ke spital. Tunggu dlm kete je la kot. Huuu...
Bulan 4 oncall lagi.
Ibu cakap xle datang rumah sbb chudik ada kem.
Ibu suh tinggalkan Qasyaf kat rumah dia je.
Alahai.
Tak nak tinggal Qasyaf!..


Dokter gigi ni,xde la bnyk kes pun.
Lagipun kawasan tak sebok kan.
Biasanya xde kes pun.
Tp, kne standby la.
Sbb kadang2 once in a blue moon, ada kes serious, kes susah, mau 3,4 jam jugak kne handle.

Macam mana ek utk oncall bulan 4 ni?..
Adoyai!..
Makin membuak2 perasaan mahu berhenti kerja!.


Nak tinggal budak ni 3,4 malam kat rumah ibu?...No no no...Rindu nanti..Sapa nak kacau mommy lipat kain kacau mommy masak 4 hari tu?..


Sapa nak jadi bodyguard mommy?..Tolong jaga beg masa mommy sebok pilih tudung kat kedai?..Adoyai!...Malasnya nak tinggalkan budak ni kat rumah ibu.
 
 
Kalau ikotkan, Qasyaf ok je kot bila duk dgn ibu.
Sbb boleh main dgn chudik.
Boleh dia buli chudik dan chudik buli dia.

 
Tengok tu, mommy suh bgambar elok2,dia sebok tarik beg chudik. Kalau dgn chudik, ketawa manjang. Main manjang. Lupa kat mommy.


Kalau kat rumah, dia buli adik. Gigit, lepuk, ciom,peluk,riba..Semua dia buat. So, mcm mn?..Tinggal rumah ibu ke belasah je harungi oncall bersama2?..

Susah senang biarlah bersama kan....Huuuu

5 comments:

  1. jom2 berenti kerja..jd business partner aku..hehehe

    ReplyDelete
  2. haha..kalu aku kasi si ameer jge beg..habis punah..punggah isi perut..hm..dulu aku xtau pun dentist ni ade oncall2 tau..nasib ko cte harz..hehe..

    ReplyDelete
  3. qasyaf sangat comel..part jaga beg mummy paling comel!

    ReplyDelete
  4. elya ~ aku x reti promote2 barang..tp aku envy kalo ko pakai chanel!..haha...

    atty ~ tu la...ni nasib aku duk daerah tpencil..kalo aku duk bandar lag dasat onkol...
    kes tbaru, pakcik gaduh dgn pakcik..pakcik gigit bibir pakcik ni sampai tcabut bibir!!!!..aku xtau nak jahit mcm mana bibir yg tcabut tu sbb sah2 la kotor sbb dia balut dlm kertas surat khabar..last2 aku refer plastik surgery..huuu

    nana ~ hahaha..tu nak distract dia dr selongkar butik tu...

    ReplyDelete
  5. qasyaf super comel jaga bag mommy..

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)