kita2.... ;-p

Sunday, March 3, 2013

tak tau nak letak tajuk apa

Hi readers...


Esok besday saya!

Yang ke...

Yang ke...

Yang ke 18!..yeayy!

Hahahaha....



Ok, meh nak simpan cerita wiken dlm blog.

Khamis lepas,Arjuna ada appointment follow up kat Hospital Pakar Perdana KB. Saya dan anak2 pun ikot sekali la. Boleh balik rumah PIL jugak kan. So, kami bertolak petang Rabu. Lastwik,kawasan pantai timur ni asik hujan lebat je. Mcm musim tengkujuh. MIL dah kol,bgtau Rantau Panjang banjir. Rumah x kena banjir,tp jalan nak ke rumah tu banjir. Tp,kami balik jugak. Ada la bbrp tempat kat Besut tu banjir. Kereta saya kena mengarung air banjir lagi la. Dah la kereta baru baiki Selasa lepas. Baiki apa,saya xtau. Dah spoloh kali saya tny Arjuna baiki apa,dan spoloh kali jugak saya lupa. Kereta bukan bidang saya ok. Nasib pandai bawa kereta auto. Heee...Otw balik Kelate tu,Kia Spectra saya tu  mengeluarkan bunyi yg x best. Arjuna ckp,mebe mekanik salah pasang apa benda ntah. Alahai. Dah la kereta uzur,kne harung banjir pulak. Lantak la. Guna je la kereta tu sampai lunyai. Lg 3 tahun br hbs byr..Dah hbs byr nanti,nak beli Harrier la,ehh?

Dah tau x boleh balik Rantau Panjang, kami plan nak stay kat KB je. Biasanya, kalau kami ke mana2 then nak tidur hotel, kami walk in je. Takdenya nak book hotel tru internet. Sbb saya x pakai kad kredit. Ya,saya bukan pengguna kad kredit walaupun kuat soping. Kat KB x bnyk hotel yg best. Sebenarnya, saya x kisah pun hotel mana2. Kalau ada hotel RM80 semalam pun x kisah. Alaaa,nak tidur kejap je kan. Bukan nak bcuti sakan. Asal hotel tu bersih,bilik air bersih sudah. Tp Arjuna sgt la cerewet bab2 hotel. Sempit la. Cadar x basuh la. TV xde gambar la. Heyy,pedulik apa dgn tv,nak tidur untuk bbrp jam je pun. Mmg susah betul kalau bab2 hotel ni. Kalau bcuti ke mana2,bab cari hotel sj boleh jd berjam2.Kami akan keluar masuk tny harga bilik,then Arjuna tgk2 dulu gmbr bilik tru pamphlet. Kalau harga bilik tu murah,dia akan was2 tentang keselesaan. Kalau mahal, sayang duit pulak. Susah!

Untuk kali ni, saya dah book hotel awal2 tru phone. Mmg x akan dpt harga murah mcm tru internet la.Tp,at least,xde la mahal mcm walk in kan..Tp saya x bgtau pun Arjuna. Diam je la. So,kami sampai KB around 9pm. Pusing2 cr hotel. Adala bbrp hotel saya cadangkan. Tgk bangunan je Arjuna x nak. Then, Arjuna pergi tny harga bilik kat Hotel Sutra. Saya dah bbrp kali ada kursus kat hotel tu. Not bad. Tp sbgai isteri yg sgt memahami,i know, Hotel Sutra still can not reach my husband taste. Lps dia tny harga bilik, Arjuna ajak gi makan dulu. Pusing2 kat KB,saya tnampak satu kedai makan cantik ni. Nampak ekslusif. Terus ajak Arjuna bhenti. Arjuna terus ckp, “bab2 mkn kedai mahal ni bg kat syg la.”..Saya pun jwb, “ye la, mcm abg jugak,bab2 hotel mahal ni,bg kat abg la”....Then dia ckp, “yang, hotel kwn syg kawen dulu tu,mahal sgt ke?” dgn muka sengeh...Saya pun bgtau la rate harga bilik. Baru sy bgtau saya dah book bilik tru phone. Maka btambah sengeh la suamiku bila bini dia sokong kehendak dia. Kami pun mkn dgn ceria. Heee...

Arjuna still xle mkn pedas dan benda2 kering sbb tekak dia still sakit. So,dia order kuewtiaw ladna saya order nasi goreng USA. Ingt nak mkn western. Western apanya kalau kne mkn dgn sebelah tgn. Susah nak kerat2 lambchop tu. Owh,lama x mkn western. Sbb tiap kali kluar diner,ada Qisya kan. Sebelah tgn suap mknan,sebelah tgn pegang Qisya. Saya x berani letak Qisya dlm babychair lg. Bila dah besar sket,saya akan letak dlm bumboo seat,then letak atas meja. Mcm Qasyaf dulu. Hee.. Then saya order milo panas (ya,2,3 hr ni insaf,kne minum milo panas je sbb susu drop asik minum ais dan mkn ais krim..huu)...Then order fries untuk Qasyaf. Bukan Qasyaf mkn semua pun. Juz tuk diamkan dia,supaya mommy daddy boleh mkn dgn aman. Selebihnya mommy ler yg perabis..Hihi..Dan harganya x mahal langsung!!..Tak padan dgn kerusi empuk. Harga sama dgn mkn kat warung buruk kat Paka ni hahh..Nak pergi lg la restoran tu. Nama restoran tu WAU..Wau nya dlm jawi. Unik kan...

Adik sebok tengok org sebelah la plak, Tapi tangan tetap nak meraba..Tengok tu,dia tarik2 baju mommy yg ada tali kat dada..
Budak comot yang dah boring duk dlm kereta..Skang dah pandai dah..Tak nak duk dlm carseat dia...
Lepas mkn,kami check in di Grand Riverview Hotel.
Gambar dari Google...

Kesayangan saya. Abaikan Qisya yg pinjam stokin Qasyaf tu..Haha..
Esoknya, lepas sarapan, saya dan anak2 balik bilik. Arjuna pergi follow up sorang2..hihi...Mulanya nak ikot je,tp kang, nanti Qisya buat hal mcm hr tu, susahkan diri plak. So,bek tunggu kat bilik. Mandikan anak2 dan golek2.
Qisya cakap, "kak icha is my idol !"....Sapa faham kenapa?..Hihi
Dah pandai meniarap..5 bulan...Qasyaf dulu 8 bulan br meniarap..Qasyaf manja kededek..Adik lebih berdikari..hehe..Nampak x budak kat blakang tu...Dia tgh selongkar semua benda dan tempat..Suka hati la nak oi...
Bek mommy layan adik..Fotoshoot adik..Qasyaf buat hal dia...

Dah penat, baru cari mommy nak susu....
Tak lama pun Arjuna pergi. Dlm sejam je. Then kami check out. Sebelum keluar sempat la gi jenguk swimming pool..Hujan renyai2...
Nasib dia x mengamuk nak mandi pool...
Daddy & Qasyaf

Mommy & adik...& storksak...Lunyai dah Storksak Olivia ku...Nak kne beli Storksak Elizabeth la kan..eh?..Alaaa,bini angkasawan pakai Storksak Elizabeth..Nak jugak boleh?..Tp Arjuna bukan angkasawan..Haha..
Arjuna kol MIL tny pasal banjir. MIL ckp,air banyk lg...Kawasan rumah MIL mcm pulau lg..Arjuna pun ajak pergi Tesco cari barang dapur dan cari makan. Dia kelaparan. Sarapan kat hotel x menepati diet org  tgh sakit tekak. Sian dia..hehe...Kami tpusing2 je dlm Tesco tu. Kutip2 barang dapur,pampers anak2. Then makan sekali lg.
Bukti budak lasak ini kepenatan...Sampai tertido dlm troli..Lama jugak Qasyaf tido..Tu jugak bukti Olivia ku sudah lunyai..Terpenyek dlm troli sama dgn barang2..Kne beli baru!..Tp xnak beli skang la..Kalo ada baby baru, baru beli Storksak baru..Heeee...

Budak ni plak, memula sampai Tesco,tido..Bila abg tertido dlm troli,dia bgn plak..Nmpk sgt xnak kongsi stroller dgn abang..Abang dah elok2 tertido dlm troli Tesco baru dia buka mata..

Tgk jam,dah dekat pukul 4pm dah. Arjuna kol MIL..MIL ckp,ada sesetengah jalan dah boleh lalu. Kami pun terus balik Rantau Panjang. Sampai je Rantau Panjang,amik ko. Derang berpesta air!..Masih banjir. Tak selamat nak lalu dgn kereta. Tp,saya yg jakun ni,heran betul tgk penduduk kat sana. Derang mandi banjir mcm mandi swimming pool!..Siap ada pelampung pelbagai warna,pelbagai bentuk. Siap main bola besar lg!..Ishk ishk, soal bahaya tu satu hal..Yg saya duk tfikir,soal air tu..Kan kotor..Tak gatal ke?..Adola..Ms tu Qasyaf & Qisya tidur. Kalau Qasyaf tgk,mesti dia pun nak turun main agaknya. Haha..
Arjuna patah balik..Dia lalu jalan hutan. Jalan org bawa lari barang seludup dari Golok kot. Mak aihhh,jalannya...Dah la kereta saya uzur..Bertambah uzur la bila kne lalu jalan lubang2. Siap sesat dlm ladang getah lg..Nasib baik anak2 semua tidur,dan saya tgk jalan betul2..Sbb saya tau,Arjuna mmg mudah panik. Kalau sesat tempat mcm tu,dia mesti panik punya..Dah la dalam kebun getah Felcra yg besar tu. Seorang manusia pun x ada. Masa tu pukul 6pm..Plg teruk yg saya boleh terfikir masa tu,kereta rosak,line telefon xde,dan anak2 menangis,dan tetiba gelap gelita..Huishh!..Tp alhamdullah..Kami selamat keluar dr ladang getah tu..Nasib baik saya mudah cam jalan bila saya fokus..Kalau saya x fokus mmg saya lupa...huuu..
Kami sampai rumah PIL dekat pukul 7pm...Malamnya,Qisya xnak mengempeng sngt..Tak nak dukung jugak..Rupanya dia lenguh badan kot..Dia nak baring dan tgolek2 je..

Rambut belah tepi tu..Hahaha..
Dah tembam sket dah anak mommy ni..Thanx to bs yg bg Qisya minum susu mommy dgn bnyk..heee..
Kami lepak rumah PIL sampai Sabtu..Pg Sabtu,balik Paka..Otw tu singgah Pasir Mas tuk betulkan kereta yg berbunyi aneh tu...Sian anak2 mommy berpanas tunggu kat bengkel...
Ni keadaannya dlm kereta...Saya mmg duk belakang..Senang nak riba Qisya..Kalo lenguh,boleh baringkan dia..Qasyaf duk dpn dlm carseat dia. Tp skang Qasyaf sebok nak duk blakang jugak..Nak jugak menyempit dgn mommy dan adik..Adik plak,bila tgk abg baring sebok nak baring sama..Hahh,amik,baring la korang..Tp x lama pun,nnti akan ada adegan adik tarik2 baju abg,then abg tampar2 adik..Haishh....
Itu sajalah cerita wiken baru ni...
Daaaa!!!

7 comments:

  1. so total tempat mkn tu brp yg tak mahal u ckp tu? tp tula nampak mcm selesa je.

    wah happy birthday in advance. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki amin :)

    ReplyDelete
  2. Haha..samalah. kat sini pun selalu ada adegan tampar menampar, tolak menolak pastu lawan jerit.

    Eh..masa akid x bole duduk lg dulu, (bawah 6 bulan) kitaorg pakai carseat cum carrier. So, bila makan kat kedai, angkat sekali ngan carrier tu. X pun kalau nak makan western, hubby akan tolong ptong kan siap2. Time ni la nak brrmanja :)

    ReplyDelete
  3. cha ~ lupa lak nak mention...harga mkn,semua rm22.40..xde servis caj pong....

    Mai ~ ahh..ye la..lupa..ms qasyaf dulu pun selalu wat camtu jgk..letak dlm carrier...

    ReplyDelete
  4. Athi ~ babe..i slalu xle nak komen blog u...stress tau,tulis pnjg2,hilang...

    ReplyDelete
  5. 1. happy 3-series sayang :)

    2. eh gmabar no 2 tu napok kurussssss...

    3.siye tengok qasyaf tido dlm troli.. tp letih benar tu.. hehe..tido berbantalkan milo :p

    ReplyDelete
  6. husband harz same la macam kite. cerewet tang nak pilih hote. rela survey berhari2 utk dapat kan yang best. Kedai makan yg sedap2 pun i jugak.haha...masuk kete je , laki just tanya.kita nk gi mana ni.hehe. mem sungguh kite kan..;p

    ReplyDelete
  7. *ehem-ehem*
    uhukkk! ok patut batuk² anak aku kat umah. ade org sebut. hahaha.
    Idol lah sangat kannn? kelakar tahu. ok lah. selamat hari tua kak Harz. selamat menten gojess!

    ps: eh pehal aku nampak kau dh kurus sket oii. tipss!

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)