Saya ingin kongsi sebuah kisah kali ini..
Ini bukan kisah saya...
Tapi kisah seorang perempuan muda bernama Ja.
Saya tidak kenal Ja. Tapi adik saya, Lily, kenal. Mereka rakan sekelas. Lily lebih dekat dengan Ja. Mereka pernah ketawa bersama. Mereka pernah merasa perih lelah belajar bersama.
Saya hanya kenal cerita2 Ja melalui Lily.
Saya hanya tahu kisah Ja melalui blog bonda Ja.
Saya hanya tahu rintihan hati seorang ibu hanya melalui nukilan2 bonda Ja.
Ja seorang doktor. Berkahwin dengan cinta hati. Dikurniakan seorang anak lelaki yg comel.
Kisah ini bermula setelah Ja melahirkan anak keduanya, yg juga seorang bayi lelaki yg comel.
Sewaktu mahu melahirkan anak kedua, Ja memilih untuk ke hospital swasta terkemuka di Kota Bharu. Menurut adik saya, Ja pernah memberitahu, dia sgt fobia mahu melahirkan.Kerana mengikut pengalaman pertama, Ja mengaku, dia tidak pandai push..Utk kelahiran kedua, mmg dia rasa fobia. Namun, segalanya diserahkan kepada Allah.
Sewaktu melahirkan anak kedua, Ja tumpah darah. Semasa dalam proses kelahiran secara normal itu, Ja tidak sedarkan diri....Jadi, terpaksa keluarkan bayi melalui pembedahan. Bayi selamat..Tp, degupan jantung Ja terhenti. Usaha dilakukan..Syukur, jantung Ja berdegup kembali.Tp, dia kehilangan terlalu banyak darah. Khabarnya hospital swasta itu tiada bekalan darah sejenis darah Ja.Ja kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Kubang Kerian..Di situ pakar berusaha bertungkus lumus..Pendarahan tetap tidak dapat dihentikan. Tekanan darah Ja sgt tinggi..Akhirnya, keputusan dibuat..Rahim Ja terpaksa dibuang..Akhirnya, Ja selamat..
Ja selamat dari menemui ajalnya..
Tp Ja tidak boleh bangun.
Ja tidak boleh bercakap..
Ja tidak boleh senyum..
Ja tidak boleh respon..
Hanya mata nya yg terbuka tanda dia sedar.
Dan apabila matanya tertutup, tandanya dia tidur.
Begitulah sehingga anak kedua Ja membesar menjadi anak yg comel.
Begitu lah sehingga kini sudah masuk 6 bulan Ja terlantar.
Si bonda lah yg menjaga Ja siang dan malam.
Luluhnya rasa hati seorang ibu melihat keadaan anaknya sebegitu.
Suami tercinta, tetap di sisi..Meneruskan hidup, menjaga anak2 yg dahagakan kasih sayang seorang mommy...
Pagi tadi, adik saya melawat Ja..Katanya, Ja tetap cantik seperti dulu.
Ntah bagaimana perasaannya ketika melawat seorang kawan yg sedang terlantar.
Saya menulis hanya sekadar berkongsi.
Mohon maaf sekiranya cerita ringkas saya tidak tepat.
Sama2 kita doakan Ja.
Inilah yg dikatakan melahirkan seorang anak ibarat mempertaruhkan nyawa...
Kesiannya anak2,kesiannya suami dia,kesiannya mak dia :(
ReplyDeletehummm kesiannya...
ReplyDeletemeh bg blog bonda ja aku nak baca
Aku baca n follow blog mak dia. Mendoakan yanh terbaik untuk Ja. Takdir dan rezeki masing2.
ReplyDeletesaya ada follow blog ibu ja ni...semoga mereka diberi ketabahan menghadapinya...mungkin ada hikmah disebaliknya....
ReplyDeleteAllah..menggigil baca..Ibu berjihad melahirkan anak..Saya rasa Ja telah menempah tiket ke syurga..Allahuakbar..
ReplyDeletepernah baca kisah ja kat blog mummy dia.. memang sedih.. kadang2 tu, tak sanggup baca..
ReplyDelete