kita2.... ;-p

Tuesday, December 3, 2013

sakit kepala bila kena hujan

Ya...saya ni mmg mengada..Kne hujan sikit dah sakit kepala.

Musim tengkujuh dah mula tunjuk taring. Kat KT, sejak minggu lepas, macam tiap hari je hujan..Tak lebat, tapi hujan..Masuk minggu ni, hujan dengan lebat siap berangin kencang lagi.Reda, renyai 10 minit, lebat balik setengah jam...Reda, renyai 5 minit, lebat balik.

Arjuna dah balik. Yeayy!!!..

Pagi tadi, masa dia nak gi kerja, isteri solehahnya ni, juz babai dr atas katil je.Tak terdaya nak bangun.Ngantok. Padahal, masa tu dah azan Subuh dah..Dilayan sgt bisikan syaitan, hambik, dah terlajak Subuh..Kerdilnya diri ini..Mintak rezeki dgn Allah, tapi, solat Subuh pun Subuh gajah..Huuuu...In shaa Allah, tak kan buat lagi...Huuuu

Pagi tadi, lepas siapkan anak2, terus keluar rumah, nak hantar diorang ke rumah ibu. Tak buat sarapan pun sbb mmg xde apa2 kat rumah. 5 hari kan duk rumah ibu sbb Arjuna xde.So, mmg x beli barang dapur la..Yg ada hanya meggi.Tak kan nak bg anak makan meggi. Jadi, jom la kita cari makanan kat rumah ibu.

Buka je pintu rumah, berderu angin masuk..Hujan lebat..Aiseh..Lecehnya..Nak kne buka gate yg siap bermangga tu yg leceh tu. Masukkan barang2 dlm kereta, hidupkan enjin kereta, ambik payong, buka gate. Anak2 tengok je kat muka pintu rumah. Qasyaf dah bunyi dah, "nak ayong, nak ayong...raining, raining"...Tp saya buat derk je...Saya simpan payong dlm kereta,amik Qisya, masukkan dalam kereta. Mmg x perlu berpayong la sbb bawah garaj kan.

Pastu, nak amik Qasyaf, dia menangis siap goyang2 badan. "nak ayong!!!..raining!!!"...Eeee, malasnya nak layan..Tp dia xnak didokong..Nak payong jugak...

Saya pun ambik la balik payong dr kereta tadi. Buka payong, barulah Qasyaf nak dokong...Pastu siap tunjuk ke arah luar..La pulak...Sambil dokong Qasyaf yg 18kg, sambil berpayong, mami jalan buat satu round dlm kawasan rumah bawah hujan lebat tu..Pastu masukkan dia dlm kereta. Ok, baru la dia puas hati...

Keluar dr kawasan rumah, dah nak kne tutup gate plak..Masa tu angin makin kencang..Saya tutup je gate, x mangga pong..Susah weh, nak berpayong lagi, nak mangga dr luar lg..Dah lencun dah ni kain..Rajin plak la saya berkurung moden di musim2 mcm ni..Padahal klinik sendri je pong..Padahal xde org sgt pong..Padahal, pakai sempoi2 pun xpe..Tp, dah xde baju kan..Biasalah, saya selalu xde baju. Kalau bgtau Arjuna xde baju, dia suh pakai baju dia..huhhh...

Sampai rumah ibu, ibu masak nasi putih dan ayam masak merah sebagai sarapan..Haishh, apa lagi, makan la..Berebut makan dgn Qasyaf..Hahaha...Qisya makan x bnyk sangat..Tengok badan la..Selim melim kan...Lagipun dia mcm demam sket..Semalam dah bag ubat..Td, sebelum tinggalkan pun dah bagi ubat..Harap adik ok ek..

Dah sampai klinik xde parking pulak..Terpaksa paking bawah pokok..Duk intai2 jugak ke atas tadi..Dibuatnya dahan yg rapuh, jatuh atas kereta, macam mana?..Dah la Gino masih tersadai blom baiki tu...

Masuk klinik, dah rasa sakit kepala..Pastu, gi main Kitchen Scramble ngadap laptop dgn penuh kyusuk, makin sakit kepala..

Pastu, ada patient nak cabut gigi..Cakap jarak 2 depa dah boleh bau rokok..Cuba bayang perasaan doktor gigi yg terpaksa hadap mulut org isap rokok..Nak cabut gigi belah kiri atas paling belakang plak tu...Cuba bayang..Cuba bayang...Adolaaaa..Sesak hidung, terus naik ke kepala...Lepas tu, bila bagi nasihat selepas cabutan iaitu tidak boleh berkumur2 dan merokok, siap boleh nego lagi.."aih, xkan x boleh hisap rokok"..."mmg x boleh"..."sampai bila..xkan xle hisap rokok,cabut gigi je pun"...."x boleh encik"...."Sampai bila?"...."sampai bila2 la..berhenti terus lagi bagus"...Amik...Ko berhadapan dgn doktor gigi yg agak firm sebenarnya...Saya mmg jawab gitu..Tp dengan senyuman manis la..Hahaha...

Lantak la..Kalau hisap, pastu sakit, datang balik mintak ubat, itu rezeki saya. Kan...Huuuu....

Org nak tolong, org bagi nasihat, xnak dengar..Huuu...Tegarnya si perokok kan...Kalau patient datang masa bulan puasa, siap bau rokok, doktor gigi ni langsung x waswas nak sound hokey...Ibu ckp, jgn la garang sgt..Saya x garang..Cuma menjalankan tanggung jawab..heee....Ada wei, org lelaki dtg klinik bulan puasa nak cabut gigi pastu mcm seronok lepas cabut gigi sbb xyah puasa..Mazhab mana la tu..Cabut gigi x membatalkan puasa yea...Ingat tu...

Pastu hujan, hujan dan hujan lagi...

Patient baru 2 org hari ni..

Dah tak tau nak buat apa ni...Blog org semua dah terjah rasanya...Siap buat link blog2 baru dijumpai lagi...Tinggal malas nak drop komen je...

Ok, sekian bebelan hari ini...

Daaaa...





4 comments:

  1. Hi Harz,

    First time rasanya komen dekat sini. Part anak nak main payung tu sama macam anak Ayu, Faris.
    Pastu part slalu x de baju pun sama cuma husband Ayu x dela suruh Ayu pakai baju dia. Dia suruh pakai je ape yang ada.
    Kebetulan la plak Harz. Aku baru tukar URL baru. Before this bnsyg-stories@blogspot. Now Ayu tukar ke ayuni-stories.blogspot.com. Nak exchange link boleh?
    Let me know ye?

    Thank you

    ReplyDelete
  2. dear,

    part konon nk tidur sekejap pastu terus terlajak tu pon selalu jadi kat i tau..pastu bersalah berdosa semua ada..huhu

    Berminat dengan supplemen dari shaklee? Nak dapatkan keahlian percuma dengan belian OmegaGuard? Promo disember sahaja =)
    http://ainasuraya.blogspot.com/2013/12/kuruskan-badan-dengan-shaklee-omegaguard.html

    Thanks!

    ReplyDelete
  3. Hello,

    I recently created an infographic on behalf of the brand Gaviscon that gives useful information to future moms about How to fight gastro-esophageal reflux and heartburn in pregnancy / Bagaimana menangani gastro-exophageal reflux dan pedih-ulu hati semasa mengandung.

    As you yourself were pregnant not so long ago, I thought that you may be interested in sharing this content with your readers, whether they are pregnant or soon to be pregnant.

    You can contact me on laura@lionandlion.com if you want to see the infographic.

    Also, please note that:
    - This is not an advertising campaign (no payment involved). The purpose here is to share information with whoever is interested in it.

    I'm looking forward to hearing from you.
    Best regards,
    Laura

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)