kita2.... ;-p

Tuesday, January 21, 2014

pertama kali naik flite bertiga

18 dan 19 Januari 2014 saya ada conference kat PWTC. Arjuna plak ada sukan Felda start 15 hingga 17 Januari 2014 kat UPM. Arjuna mmg drive awal2 lg ke KL. Maka,terpaksa la saya naik flite. Skang ni, rasa ralat sgt kalo tinggal anak2. Alaaa, bukan susah pun kalo bawa kan. So,angkut la dua org budak tu naik flite sekali. Saspen sungguh rasanya. Bukan apa,saya takot Qasyaf buat hal je. Takot dia xdgr ckp, takot dia berlari2 kat departure hall. Kan x pasal saya jadi singa dlm flite.

Arjuna dah bawa siap2 baju. diapers semua. Saya juz bawa handbeg dan backpack Qasyaf je. Saya carry Qisya dlm Snuggbaby, pimpin Qasyaf. Toys, buku, semua benda alah yg konon boleh lekakan budak2 saya x bawa. Sebab saya tau anak 2saya kurang melayan semua tu. Baik xyah bawa sbb nanti memberatkan beg je.

Kak ngah dah tolong check in siap2. Mula2 gadoh jugak sbb saya tgk kat website, sapa carry infant xle web check in. Padahal boleh je.Heeee....

Pukul 5.30am, ibu dah kejut. Saya terus bangun. Santai2 kejut anak2 plak. Nasib baik ok. Bangun. Mandi. Qisya ada la nangis sikit2..Dia kan ratu tido. Mana boleh x cukup tido. Haha.

Qasyaf sangat bagus. Ini buktinya. Ni pukul 6.15am ni. Ceria dan gembira kan. Sweater baru tu. Ibu yg belikan. Pakai 5 minit pastu nak buka sbb panas katanya. Sampai sudah x pakai pon.

Kul 7.15am, turun dari rumah. Tok ayah, bebu dan chudik hantar. Sampai airport lebih kurang pukul 7.40am. Semangat betul Qasyaf. Laju je masuk departure hall. 

Bila dah masuk departure hall, cari kerusi, duduk, tetiba dia tanya tok ayah, bebu dan chudik. Bila ckp semua x ikot, juz mami, qasyaf dan adik je naik aeroplane,  terus nak nangis. Panggil2 tok ayah dan bebu. Ah sudah....Saya pun bg minum susu. Dia diam..Fuhh, selamat...

Adik ok je. Tak paham sgt apa yg sedang berlaku kot. Lgpun adik rasa selamat la duk dlm carrier melekap dgn mami.

Atas flite, sekali lg tanya tok ayah, bebu, chudik dan dedi. Mula menangis. Mami, takot, takot. Terus menangis secara perlahan. Mebe dia rasa x selamat kot sbb adik mami pegang, mami riba.Dia plak, kne duduk sendri sorang2. Masa nak berlepas, dia xnak pakai sitbelt. Nak peluk lengan mami je. Ckp takot, takot. Sampailah tertido..So, sepanjang perjalanan lebih kurang 40 minit tu, tido je la. Senang mami.
Adik plak yg lasak. Selak majalah tu, koyak menu AA,bercakap x habis..Haishh...Tp adik tertido gak akhirnya...

Sampai ke LCCT, dua2 baru terjaga dr tido. Adala nangis sikit2. Tp nasib baik ok. Nasib baik Qasyaf nak berjalan sendri dr flite ke terminal..Kalo dia buat hal nak dokong, pengsan mami...

Arjuna mmg dah tunggu siap2. Kami pergi makan area Equin dulu. Lepas tu terus ke PWTC. Pusing booth kejap, pukul 2pm,check in Hotel Seri Pasific.

Dah malas nak larang..Lantak la nak bergolek ke, melompat ke. Ni sementara tunggu lif.

Bilik hotel. Saya mmg dah book awal2 tru phone je. Superior room RM290nett per nite. Ok la..Dekat dgn PWTC kan..Jalan kaki je..

Asal masuk hotel je, cari suis..Tak la kenapa suka sgt dgn suis2 dlm bilik hotel.


The deco.

Lepas solat Zohor, saya terus ke PWTC balik. Tinggal anak2 dgn dedinya...

Hahaha..Pelik plak...Sebab saya jarang selfie kan..Hahaha..

Kat conference x sempat masuk lecture jugak..Sbb duk pusing exhibition. Banyak benda nak kne beli. Sblm beli kne survey la kan...

Malam, bff aka awek cun datang amik tuk dinner..Arjuna xnak join sbb demam...

Ceria dpt makan.

Shida, Idah dan saya dgn 2 org anak. Kami diner kat Bora Ombak.


Oleh kerana katil adalah single2, maka, terpaksa rapatkan sofa mcm ni dan Qasyaf volunteer nak tido situ..Senang.Haha...

Esoknya, lepas sarapan, terus ke PWTC, masuk lecture. Fuhh, sempat la jugak dgr 2 lecture..Kalo x, rugi je bayar ratus2 tuk conference ni..Kenapa bayar?..Sbb, kalo x bayar, xle title delegate. If bukan delegate, xdpt points..If x dpt points, tahun depan xle sambung lesen profesional neh..Huuu...

Lepas check out, sambung ke exhibition..Order itu ini...Pukul 4pm terus bertolak balik.

Singgah R&R Temerloh pekena tempoyak ikan patin.

Sampai KT pukul 11pm...
Esoknya terus kerja...

Ok lah..Tu je pun nak tulis...

Takde masa la skang nak merepek panjang2...Anak asik menempel..Heee...

Daaa!!!

4 comments:

  1. Ok la tu..x der la qashaf mengganas kat atas flight. Kalau ammar n akid x tau la cane..dedua fanatik kapal terbang hehe

    ReplyDelete
  2. fuhhh hectic gak aku bce oii.huhu.nasib le bebdk ok xwt perangai sgt kn??

    ReplyDelete
  3. suke tau dtg KL xbgtau..pastu plak gi bora ombak rindu tu..dkt 5min je ngn umah etty..huhu!!!

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)