kita2.... ;-p

Monday, June 16, 2014

ada la cite sikit2

Bila dah jarang2 tulis blog ni kan, mula ada perasaan malas nak layan kat blog. Mmg la ada benda nak cerita, tapi bila asik tertangguh, terus lupa nak tulis apa. Bila ready nak menulis plak, dah tak tau nak mula dari mana. Begitu lah saya.

Sayang la kalo tinggalkan blog. Kat mana lagi nak simpan kisah suka duka seharian kalo bukan blog. Nak tulis diari?..Kuno nya ko..Pastu bila simpan lama2, lipas pun makan diari tu. Huuuu.

Jadi skang ni, meh la paksa diri menulis sedikit sebanyak. Nak cerita pasal apa dulu ek? Pasal anak2 la.

Qasyaf dan Qisya berada di fasa bercakap dgn banyak skang ni. Qasyaf sgt pelat tapi org sekeliling yg dah biasa dgn dia, boleh je faham. Qisya lebih fasih menyebut perkataan cuma x bnyk la vocab dia berbanding Qasyaf. Masing2 berebut nak bercakap. Kalau dua2 lepak kat klinik dari pagi sampai malam, mmg saya akan rasa exhausted teramat sgt walaupun patient xde la ramai pun. Exhausted sbb melayan karenah 2 org tu. Kalau bercakap, dua2 berebut nak bgtau benda yg sama. Kalau btnya soalan pun mcm tu..Abang dah tanya, mami dah jawab, adik plak tanya. Benda sama je pun. Kalau derang bercanggah pendapat, abang kata "bukanlah dik".....Adik pun jawab "huhhhh!!!!", terus jadi pergadugan tampar menampar cubit mencubit. Skang Qisya gemar tarik rambut abang. Melalak2 si abang tu. Kalau xde mood nak melalak, dia akan kejar Qisya dan bg cubitan kat mana2 bahagian yg sempat dicapai. Lepas tu adik pun meraung...Adolaaaa...

Sbb tu ibu prefer saya hantar Qisya ke rumah dia. Barulah dua2 x sakit katanya...Tp, kalau bawa Qasyaf sorang, mmg dia bosan. Mmg dia akan masuk ke bilik rawatan kalau saya ada patient. Bila ada adik, reti plak derang dua org main2 dalam bilik. Kadang dgr la pgaduhan dan tangisan..Tp saya biar je. Yang bahaya bila derang diam je. Ada la tu projek besar derang kerjakan. Macam lastwik, derang dua org main dlm bilik. Saya ada patient 3 org berturut2.. Mmg lama la nak handle patient kan. Bila setel patient, saya masuk bilik, rupanya derang tgh kerjakan crayon...Qasyaf berjaya buka laci meja. Keluarkan crayon...Derang patah2kan, derang conteng sofa dan meja dgn jayanya. Grrrrrrrrr...

Nasib baik boleh hilangkan kesan crayon tu. Saya mintak staf tolong lap dgn chemical tuk basuh barang dental. Hilang xde kesan pun. Nasib baik...Kalo x, dedi pulak akan marah mami. Dedi tu mana boleh ada contengan di dinding, kotoran di sofa. Huuuu...

Sbb tu saya xde masa nak jenguk blog. Asik uruskan anak2. Skang Arjuna balik kul 11pm selang satu malam. Time dia balik lewat tu, mmg kami xle nak tunggu dah. Sbb sgt penat. Kami?..Eh, bukan kami. Anak2 boleh je btahan aktif sampai kul 12 mlm pun. Mami ni hahhh keletihan...Selalunya, balik je dr klinik, mandi, masukkan kain dlm mesin basuh, terus panjat atas katil. Lepak2 tido..Bila mami tido,anak2 pun tido la. Masak dinner pulak tgk atas permintaan. Bila Arjuna balik awal, masak la. Tp dia pun bosan makan luar..Sanggup tahan lapar balik kul 11pm baru makan kat rumah...Terpaksa la jugak masak sbb suami request nak mkn kat rumah kan.

Last 2 wiks dah cite pasal kami balik kampung kan. Lastwik balik lg. Sbb MIL sakit. Ingat xnak ikot sbb sayang nak tutup klinik. Tp dah dgr MIL menangis2 kesakitan macam kurang ajar sgt la plak x ikot balik kan. Alhamdulillah ada kawan boleh locum kat klinik saya. Tak perlulah tutup klinik. Kadang, bila fikir, kerja sendri mcm ni lah... Kita rasa takot nak memberi sbb kewangan sesak, rasa takot nak cuti jumpa saudara sbb nnti income hari tu xde. Tp, bila kita buang semua rasa negatif tu, Allah gantikan dgn rezeki yg lain.

MIL sakit sbb dia xnak jumpa doktor..Mmg payah kan...Tp lastwik Arjuna berjaya pujuk mak dia. Bawa gi Hospital Perdana Kota Bharu. Buat ct scan mmg ada seketul batu saiz 1cm kat salur antara buah pinggang dan pundi kencing. If x buang, buah pinggang akan rosak. Hurrrmmmm.....Satu hal pulak nak pujuk buat operation...Tgk lah mcm mn, sapa dlm 5 org anak MIL tu bjaya pujuk. Skang btahan dgn ubat sahaja.

Klinik masih lagi terumbang ambing. Last month income drop. Tak tahu kenapa 2 minggu pertama bulan Mei patient kurang...Huuuu....Harapnya bulan ni akan naik balik la. Saya nak mula provide rawatan betulkan gigi yg x teratur tanpa perlu pakai braces. Nak tahu lebih lanjut boleh usha blog kpdrlen . Atau buka fb klinik pergigian DR Len...Usha my personal IG Harzlenaharun pun buleh.

Ok lah....Itu je lah dulu sedikit sebanyak...Daaaa!!!



2 comments:

  1. in shaa allah harz... xlama lg klinik u akan semakin maju. cuma perlu masa sikit je lagi... semoga berjaya...

    ReplyDelete
  2. All the best doc.motivate me jugak untuk buat business sendiri.bukan senang nak senang kan.insya allah ,orang kata rezeki yang sedikit itu,kalau kita sentiasa redha & syukur, mesti cukup.
    Go mummy :).

    Salam kenal ,fad.
    http://cinta-caramel-latte.blogspot.com/

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)