kita2.... ;-p

Saturday, August 23, 2014

ringgit yang sama,nilai yang berbeza



 Bukan nilai bandingan hari ini dengan zaman 80an yang saya ingin bualkan.  Sebab, memang jauh bezanya nilai ringgit di waktu itu berbanding sekarang. Ibu kata, dulu, RM10 boleh beli sekilo gandum, sekilo gula, sebiji kelapa dan sepaket minyak masak. Sekarang RM10 tu budak sekolah buat belanja seharian di sekolah saje. Memang lumrah duniawi, semakin pesat membangun Negara itu, semakin tinggi kos sara hidupnya. Siapa kita untuk menyangkal. 

Nilai bandingan yang saya mahu coret di sini adalah bezanya saya yang dulu dan saya yang sekarang. Saya bukan mengeluh, jauh sekali mempertikaikan rezeki saya. Cuma sekadar coretan agar satu hari nanti, apabila saya belek kembali kisah2 di blog sendiri, tahulah saya, di awal perniagaan memang penuh jerih dan lelah.
Ya, ini bahana membelek intagram menelek satu persatu apa sahaja yang dijual di laman itu. Naluri saya, naluri membeli. Hakikat sekarang tidak boleh boros kerana perniagaan masih terumbang ambing. Bila menyekat nafsu sendiri, mula la tiba rasa gundah, rasa tertekan. Payahnya hidup apabila duit menjadi kekangan.

Tambahan lagi, usai Aidilfitri seakan semua org tidak berduit. Mungkin ada yang sakit gigi. Mungkin ada yang perlukan rawatan. Tapi ditahan keinginan tunggu tiba gaji dahulu. Maka saya juga kerjanya menunggu sajalah. Tunggu tunggu, datang la seorang pesakit. Tunggu lagi, layan anak2 makan. Tunggu lagi, ajar Qasyaf tulis A. Tunggu lagi, datang lagi seorang pesakit. Tunggu lagi, buka facebook. Tunggu lagi, buka instagram. Cetak skrin. Buat nota di mental, nanti kalau pendapatan  hari ni banyak ni, nak beli la skirt ni. Kalau pendapatan banyak ni pulak, nak bli la dress ni. Hujung hari, pendapatan tak capai target, skirt tak boleh beli, dress apatah lagi, mula la nak marah2 rasa tertekan. Sampai qasyaf dan Qisya pun jadi mangsa. Bukan mangsa dera. Mangsa bebelan je. Bila hati gembira, anak2 buat sepah, bebelan dalam sepuluh patah. Bila hati gusar, anak2 buat bising, bebelan boleh jadi seratus patah perkataan. Betul tak?

Untuk memenuhi nafsu membeli, saya tidak minta pada Arjuna. Kesian dia. Dia bayar sewa rumah, tanggung segala bil, beli brg dapur, belanja hal2 rumah dan anak, malah duit untuk saya isi minyak kereta pergi kerja pun Arjuna beri. Kami disiplinkan diri untuk tidak usik duit hasil klinik. Sebab hutang klinik besar. Kan saya dah cakap, modal klinik gigi ratusan ribu. Usia klinik belum pun sampai setahun. Jadi boleh agak la kan, banyak mana lagi hutang saya. Overhead bulanan pun tinggi. Mana yg lebih2 buat bayar gaji staf, byr hutang pinjaman, bayar sewa kedai, bayar hutang supplier, saya tarik la sikit2 buat ubat nafsu membeli atas talian. Kalau takde lebih, duk diam, tarik nafas hembus tarik nafas hembus sajalah.

Berbeza sungguh rasanya masa zaman kerja gomen dulu. Kuasa membeli di tangan saya! Tengok sajalah gadget Qasyaf masa tu. Carseat dia, stroller dia. Masa tu saya hanya kenal snuggbaby. Sbb tu beli snuggbaby. Kalau tahu adanya TULA, kompem dah beli TULA. Hurrmmmm…Berbeza sungguh nilai ringgit dulu dgn sekarang.
Dulu, boleh selamba belanja adik2 . Tgk sajalah baju2 adik bongsu saya.
Dulu, setiap hari pos laju hantar barang ke klinik. Semua benda saya beli. Itu belum masuk shopping complex sekala sekala.  Nasib baik sekali sekala je kan. Sbb sini takde shopping complex. Harap bila merayap ke KL sajalah. Sekarang, kalau nak beli apa2, mmg fikir 4 kali. Perlukah beli? Nanti guna berapa kali? Tak membazir ke? Ni kalau guna duit klinik ni, kan supplier mintak hutang xle bayar plak…Kne fikir semua tu..Dah 2 tahun saya tak beli handbag tahu! Lagipun dah janji dgn diri sendiri. Tak nak beli handbeg selagi tak mampu beli designer handbag. Eh, cita2 kne ada. Baru lebih kuat berusaha. 

Masuk bidang perniagaan ni mmg fikiran dan jiwa pun berbeza dari dulu. Dulu macam tak terasa rezeki tu datang dari Allah. Kerajaan yg beri gaji kan. 25 haribulan dapat gaji. Banyak pulak tu. Belum cerita waktu dapat bonus. Mmg suka hati betul la. Apabila kerja sendiri, buat saya betul sedar. Rezeki itu Allah yang beri. Patutlah nabi berniaga. Patutlah 9 daripada 10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Dgn berniaga, kita meminta pada Allah. Dgn berniaga, kita memohon pada Allah. Ya Allah, datangkan lah rezeki buatku. Jika ia di langit turunkanlah. Jika ia di bumi keluarkanlah. Jika jauh dekatkanlah. Jika sukar, pemudahkanlah. Jika haram, halalkanlah. Betul2 mengharap dan buat kita merayu pada Allah. 

Bila berdoa dan merayu pada Allah, buat saya malu untuk pandang rendah pada kewajipan tutup aurat sepenuhnya. Buat saya malu bila tinggalkan al quran. Ye la, kita minta pada Allah, tp yg disuruhNya kita tak buat. Tak malu ke?. Syukur, walau hidup lebih sukar sekarang ni dek kekangan kewangan, saya lebih berusaha untuk dekat pada Allah. Cuma satu, saya belum berjaya solat malam. Rahsia org cemerlang adalah solat malam. Payahnya nak bangun solat tahjud. Itu azam saya yg satu. Semoga Allah permudahkan.

Doakan saya kuat. Berniaga bukan mudah. Tapi ia sunnah nabi kan. Senyum !

3 comments:

  1. be strong beb.. tp i agree sgt dgn paragraph bawah skali..bila kita berniaga secara tak lngsung kita dekat dgn Allah. I still keje n baru 2 thun ni ada part time biz. gaji keje, mmg sah2 tiap2 bulan dpt..tak payah pk ape dh..tp biz lain..kite doa sungguh2, doa supaya ada customer order barang, doa customer tak cerewet..baru kenal solat dhuha..tiap2 kali order masuk, Alhamdulillah tu mcm tak terhingga..bila sakit pun bersungguh2 mintak doa kat Allah bg cepat sihit..kalau keje jek, sakit ape nak risau, mc jek la kan..and serius rasa malu sgt kalau tak solat, mintak kat Allah murahkan rezeki, permudahkan urusan, tp solat main2..mudah2an kesusahan ni make us closer with Allah.

    ReplyDelete
  2. Salam. Hee bersyukur saja dengan rezeki ada.

    ReplyDelete
  3. Baru baca. Ok..i pun camtu. Situasi masa keja dulu n skng as.surirumah. Nafsu memang nak beli macam2..tapi kena berjimat. Sometimes stress..tapi cepat2 pk y positif. Banyak hikmahnyer...slow2 ok. Insyaallah ada rezeki tu ;)

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)