kita2.... ;-p

Wednesday, August 4, 2010

hello gurls...im back!!!

Hello semua!!....uhhh lama nyer saya x buka blog. Miss u all...Wanie, Thalha & Huda pun dah jadi bini org skang... i'll catch ur stories later ye dear.... Im been so busy sejak lastweek. Sgt2 xde ms nak online. So, check out what happen on my days ok. tu pun kalo korang larat nak baca entry ni la.

Life at new place
Warning : entry panjang..bosan nak baca kot….But this is what happened to me sejak dua menjak menyepi tak berblogging ni. Hectic & kucar kacir sket hidup ini.

Day 1… 25 Julai 2010. Hari paling-bermakna-penuh-bahagia untuk Thalha. Selamat pengantin baru dear. Sori sgt2 xdpt nak penuhi undangan u. Plan xmenjadi la dear. Sbb today is my 1st day at new work place. Tak ble la nak amik cuti.
Hari ni bangun sangat awal.. Iaitu pukul 5.15 am.. Ya, awal la tu.. Sbb selalunya bangun pukul 6.40 am. Tkocoh2 solat subuh. Pastu tido balik. Kul 7.07 am baru bangun semula. Mandi dan makan sarapan yg ibu sedia.. Itulah rutin saya setiap hari. Tapi hari ni, saya dah jadi cam org KL.. Bangun awal. Tunggu subuh…Org KL g2 kan..? Sbb nak elak jem. Tp jem jugak… Pas solat, terus gerak ke Dungun dgn Arjuna. Kami lalu jalan shortcut. Bosan. Asik tgk kelapa sawit dari gelap sampai cerah. Saya, untuk hilangkan ngantuk, tpaksa kunyah roti. Kerja aku asik makan jer.. Kami sampai kat Kerteh 5 dah lambat. Sebab bhenti isi minyak la. Arjuna 'uk uk' la. Lori panjang slow giler kat depan la. Sampai2 je kuaters Arjuna, terus campak barang2 kat beranda. Betul. Mmg campak2 je. Sbb saya dah lmbt nak gi kerja. Pastu saya terus memecut gi kerja. Arjuna nak hantar, tp saya x bagi.. Ala, mmg la tempat baru, tp saya kan dah gi usha sekali klinik tu. Senang je. So, sampai2 tempat kerja, nak punch kad.. punch kad plak xde. Rupanya kongsi dgn org klinik kesihatan. Bjalan kaki la saya dgn staf gi punch kad. Merah! 8.03 am. Takpela, dimaafkan. Hiii, saya memafkan diri sendri. Haha..
Hurm, hari pertama dah OPD. Out patient day… Cabut2 gigi. Kat klinik saya skang, tpaksa wat cabutan sahaja. Tampalan dan lain2 tpaksa ditolak sbb kami duk klinik sementara. Xde dental chair. Haru kan.
Waktu lunch break, staf2 seme balik. Haaa?. Semua org dekat2 je. Saya la yg plg jauh kot. Pjalanan saya ke kuaters Arjuna 19km. Saya pun kuar gak la. Pusing2 pekan. Dah jumpa CIMB, Bank Simpanan Nasional, kedai kek Sweden. Bukan secret recepi yea. Jumpa bbrp salon kecantikan. Tinggal nak pilih je. Siap jumpa kedai stamp pad, terus wat stamp pad baru. Pusing2, jupa kedai nasi kukus. Beli nasi kukus la. Wat balik ptg nanti,nak mkn2 dgn Arjuna. Giler awal beli. Sbb kat sini mesti susah nak cr nasi puteh berlauk waktu ptg2. Tiba2 tnampak seseorng. Macam tunang Nana. Jeng jeng.heee… Pusing2 lagi. Mana soping komplek ni?!!.... Wei, berangan. Mn ada soping2 mall !. Kat KT pun xde… Dkt kul 2pm, saya pun balik klinik. Ptg, melangut xde kerja. Nak wat kerja tp xde. Nak wat treatment tp dental chair & mesinnya xde. Bukan salah saya kan. Hehe..
Adik plak duk msg. Cite dia dpt hadiah saguhati ptandingan mewarna skolah dia. Sblm ni, xde plak dia nak msg2 saya bgtau apa2. Mebe sbb dia rs xtau nak cite kat sp kot. Tu yang dia pau hset ibu, msg saya. Saya pun terus kol. Adik terus jerit, ‘ adik rindu kak longggg!!’.. Alahai budak ni… Wat I rs tharu je. Huuuuu…..
Balik kerja, sebelum punch kad, one of my staff bawa saya gi bkenalan dgn staf2 kesihatan.. Pastu saya round pekan lagi. Beli roti, penyapu (Arjuna suh beli penyapu sabut yg pemegangnya batang….ishk, nak penyapu pun ada criteria), beli cebok@gayong, beli tikar tuk letak kat klinik and beli hanger..
Sampai je rumah, Arjuna dah menunggu nak ajak pasang langsir sama. Saya tulun pegang2 je. Dia yang pasang. Arjuna ni, selagi x siap kerja, xle duk diam. Xbagi lepak2 or rehat2. Saya duk sket nak minum air pun dia dah bising. Nana kol nak borak pun saya xdpt layan. Rupanya Arjuna terer gak bab mbebel. Especially bab2 kemas2 rumah, bersih2 rumah, basuh2 baju or bab malas mandi.
Hurmmmm… ni la rupa ruang tamu kami. Dah kemas without any hiasan lagi. Boleh la. Pas siap semua baru kami mkn. Nasi bungkus. Sedap. Xtau la mmg sedap ke sbb lapar. Pastu rehat2 xtau nak wat apa. TV lom amik lg kat Melaka. So, pas mandi terus baring2 atas toto je la. Malam ptama hidup sendri dgn Arjuna, hujan. Lebat jugak. Sangat sejuk….

Day 2… Woo woooo, sejuk giler air pagi ni. Kalo adik mesti dah ckp, “icy cold”..Mgigil mandi pagi. Sebelum gi kerja, mkn pizza yg kedai roti jual tu. Dgn air masak. Cerek xde lg,xble wat air. Hari ni saya sampai awal kat klinik. Bw kete dgn tenang je. Saya suka dtg kerja ngam2 kul 8am. Xreti nak budget masa pjalan gi kerja lagi. Then kedua kerja, wat treatment kat skolah. Camni le kerjaku. Asik gi skolah manjang. Masuk tmpt br pun situasinya ttp sama je. Ptg, kebosanan lagi di klinik. Internet xde. Kalo x, boleh salah gunakan internet kerajaan. Nampaknya saya kene bawa broadband & novel. Kalo x sy akan mati kutu.
Kul 5pm tepat, saya punch kad. Okeh. Dah mula sikap mcm kat tempat kerja lama dah. Jadi org ptama punch kad setiap kali nak balik. Haha. Saya terus pecut balik kuaters. Arjuna mmg dah tunggu. Kami nak balik rumah ibuayah. Ayah pesan suh sampai awal sbb mlm tu mlm nisfu Syaaban. Ada baca Yaasin kat surau. Rutin kami sekeluarga setiap tahun. So, kami kena cepat2. Tp, kuar je ke jalan besar, saya br teringat, yg saya tertinggal beg skin care. Patah la balik.hehe. kul 7.15pm br sampai rumah. Terus gi surau baca Yaasin 3x. Bacaan pertama diniatkan supaya dipanjangkan umur yang berguna. Bacaan kedua supaya dimurahkan rezeki yg halal. Bacaan ketiga, supaya dimurahkan rezeki. Pas Isyak, saya dan Arjuna kuar kejap amik duit. Sempat gak bergaduh. Sambung gaduh lg kat rumah sampai lps mkn malam. Tp sblm tido dah baik2 dah.

Day 3… kul 6am Arjuna dah bertolak gi kerja. Saya plak bgn2 je kemas baju. Kene gi kursus kat KB hari ni. Saya pergi dgn kenderaan jabatan kul 10am. Tp sblm tu setelkan bayar2 bil kete dulu. Sampai KB kul 2pm terus ke KB Mall. Pusing2. Mlm, start kursus. Pas habis sessi ceramah, saya kuar dgn my bf and his gf. Derang bincang hal kawen la plak dpn saya. And I cant help myself without interrupting. Suke la I ckp bab2 kawen ni. Hehe. Tp xble la campur byk sgt kan. Kisah saya dah lps kan. Biar derang rencana angan sendri. Arjuna plak lain citenya. Dia dpt pelepasan dr bos dia tuk uruskan rumah. So, dia btolak ke Melaka kul 10.30am untuk angkat brg2 dia. Sampai Melaka, ptg, terus angkat barang2 dgn lori, terus balik Kerteh semula.

Day 4… Kursus lagi. Bosan. Sgt x menarik kursus kali ni. Mengantuk giler. Speaker sgt x mengujakan. Kalau saya jadi pakar satu hari nanti , dan saya dijemput sebagai speaker, saya berazam xkan buat org mengantuk. I’ll try my best to be an interesting speaker. Heee..
Day 5… Hari terakhir kursus. Try to concentrate. Seb bek ada speaker yg best. Kelakar dan terer buat audience faham. Tghr, habis kursus, ingat boleh terus balik. Tapi, ada staff yg tumpang van dtg KB. Derang x solat & makan lagi. So, tunggu derang setel hal dulu. About 3.45pm br btolak balik ke KT. Driver rajin sgt la plak. Gi hantar setiap staff ke rumah masing2. Ikot map, saya 2nd last. Aiseh, ronda rondi tgk rumah staff plak saya kali ni. Giliran saya sampai rumah, dah kul 8.45am. Arjuna blom sampai sbb dia ada jamuan perpisahan staff dia. So, pas mkn & mandi, saya terus kemas baju sambil tunggu Arjuna sampai.
Day 6… Bgn pagi, mandi, terus wat sarapan. Nasi goring sutun. Hehe. Pas mkn, terus bertolak balik kg iaitu Rantau Panjang. Arjuna. Singgah pasar Tok Bali beli lauk2 yg segar bugar. Arjuna borong ikan, sotong dan ketam. Ishk, mmg nak cabar keteraan skill masak saya nih. Sampai je rumah PIL, xde org sbb ma & abah gi berniaga. Org ramai la musim ni sbb dah nak puasa kan. Org beli belah sakan la kot. Saya kat rumah, apalagi, main masak2 la. Nak masak ketam bercili. Siyes ni 1st time saya cuba. Nak siang ketam pun saya xtau. Everything always have their 1st time kan. So, menu hari ni kat rumah PIL, ketam bercili, sotong singgang & ikan goring. Belasah jerk masak!.
PIL balik rumah, lepak2 & borak2 je. Mmg ma & abah duk buda je kat rumah tu. Adik-beradik Arjuna yg lain seme dah ada life masing2.

Day 7… 31 Julai 2010… Majlis bertandang one of my blogger fren, Wanie. Huhu. Tak dapat nak pergi sebab kebetulan saya kat Rantau Panjang. Rasa ralat sgt xble pergi. Sedangkan Wanie dtg my wedding hari tu. Sori Wanie. Pasni, kalo ada kat KT, kontek me ya. Kita bleh jumpa2. Nad, ko pun sama la. Dtg KT, kol la aku. T ble kiss2 hug2. Heee.
Ptg, pas makan tengah hari( saya masak gulai lemak ketam hari ni…Tp xmenjadi sgt…huuu),pusing2 pekan Rantau Panjang jap,kemudian terus balik KT. Sempat singgah Besut bayar bil tepon. Sbb kami blom jumpa lagi pusat Maxis kat Paka. Hehe. Sampai rumah dah nak dekat Margrib. Pas solat (Arjuna je solat, saya x. Cik P masih rajin mengunjungi. Bila la Cik P nak bhenti dtg melawat nih.), terus gopoh2 bertolak ke Kerteh sbb Arjuna ada taklimat tuk program Mesra Felda wiken nanti. Eeee, taklimat apa la mlm2. Mcm x ble tunggu esok!.
Adik plak, sedey2 saya nak blk Kerteh. “boleh x kak long tinggal sehari je lagi?...lama kita x main sama2…” pastu dia menangis2 sambil peluk saya. Ckp rindu saya. Alahai, sebak tol. Air mata saya pun melelah gak. Tapi nak wat camne kan. Huhuhuhu.
Sampai je kuaters kami, aiyaaakkkk!!!.... Bsepah giler barang2!. Tinggal set tv & stereo je tpasang & tsusun elok. Mesin basuh pun dah bfungsi. Arjuna kemas sorang2 tu. Yang lain bsepah2. Bkotak2. Bplastik2 di merata2 sudut rumah. Tgk tu je cam dah nak pengsan. Xtau nak mula kemas dr mana. Alih2 kami masuk tido je. Penat sgt. Kalo kemas pun bukan boleh siap dlm 1 mlm. Arjuna ckp slow2 la. Nnti2 akan beres semua tu.

Day 8… 1 Ogos 2010. Selamat pengantin baru buat Huda dearie. Satu lagi undangan yg x dpt saya penuhi. Sori sgt2 Huda. Susah skang ni. Hari rawatan pesakit luar klinik baru aku ni mmg hari Ahad. So, sgt susah nak mintak cutis bb kene cari doctor lain tuk ganti. Dan biasanya sangat susah doctor lain nak ganti sebab derang pun ada jadual sendri. Sori Huda. Aku teringin sgt gi wedding ko. I know all ur prep, ur felling,dan rs rugi sgt xble pergi. Sgt2 mahu tgk & rasa sendri wedding ko. Pasti cantik. Hanya kad-kawen-super-comey tu je la bleh aku jadikan kenangan. Dah la Huda ni, kwn blogger pertama yg mengomen2 dgn pnjg dlm entry2 saya di awal kewujudan blog dulu. Anyway dear, I wish u hepi always ya.
Waktu lunch, saya amik masa kuar masuk kedai perabot. Ada 3 kedai yg saya jumpa kat area klinik saya ni. Usha2 dulu. Habis kerja waktu ptg, terus gi 1 kedai ni & beli set meja makan tuk 4 org (kalo boleh nak beli set 2 org, tp xde jual..hehe), & beli cabinet dapur. Murahan je. Tp cukup la untuk kuaters kami tu. Tp perabot tux le dihantar ke kuaters lagi sbb xde lori. Tp dia janji dlm minggu ni.
Sampai rumah, Arjuna br nak mula basuh Gino (mini cooper Malaysia dia la)..Eeeee! rumah bsepah, boleh lagi belai kete! Saya mls nak mbebel, saya masuk rumah,kol2 ibu. Saje. Rindu ibu. Hehe. Ms borak2 dgn ibu, dgr adik mjerit “rinduuuuu kak longgggg…….xde sp nak kacau adik ni….adik rindu kak long..” haha…Boleh plak g2. Rindu sbb xde org kacau. Adik ckp, ibu kacau x best. Nak kak long kacau gak. Sebelum ni, kalo saya kacau dia bc buku ke,tgk tv ke, mkn ke, dia marah. Skang tau pun rindu. Hehe…
Pas borak dgn ibu, saya mulakan task mengemas rumah. Saya mulakan dgn dapur. Buka2 kotak. Pilih barang mana yg nak pakai, brg mn yg nak buang, barng mn yg nak simpan dlm kotak je. Sedar2 dah Margrib.
Kul 7.45pm, kami kuar rumah tuk ke Mesra Mall. The one & only mall yg ada kat Tganu. Arjuna ada plawanan bowling antara staf felda mlm ni. Derang main 3 games! Bosan giler saya yg menunggu ni. Xsampai setengah jam, saya dah blah. Lebih baik saya lenguhkan kaki drpd tgk org main bowling. Gi Body Shop, testing2 perfume. Try2 eyeshadow. Padahal bukan saya pakai Body Shop pun. Hihi. Masuk Poney,hurmm, byk baju cantek2. Tp, saya dah borong 3 pasang baju tuk adik hari tu. Baju budak yg bgaya sakan tu bukan murah beb. Lebih mahal dr baju saya sendri. Tp xpela. I suka my little sister tu bgaya ala2 artis. Hehe.. Masuk plak Popular tgk buku2. Saje je. New Moon pun blum habis. And im not going to watch Eclipse selagi xbaca novelnya dulu.(Mmg dah xle tgk pun. Dah xde kat wayang kan..). Best bsiar2 kat kedai buku. Bcoz I do love books. As I love handbegs. Cuma sejak2 kawen ni, saya bc novel bila ada masa lapang kat klinik je. Sbb kat rumah mmg x lapang. Pas Popular, saya masuk Carlo Rino. Saje nak angkat-sandang-kepit-posing-dpn-cermin beg2 tu. Saya bukan peminat Carlo Rino. Tp saya ada member card. Sbb selalu belikan untuk ibu. Kadang2 ada gak saya sambar kasutnya. Tp handbegs, no lah. Carlo Rino sound slight middle age. Sori…hihi... Im into Guess & now going to Coach. Tp dlm jiwa ada gak keinginan nak sandang Prada. Fuh. Full stop. Bhenti berangan. Tp ada gak dlm mimpi saya, saya mcm nak setkan target. Umur berapa nak pakai Prada & LV. And im going to work hard for it. Hurmm… ok stop dreaming! Then, saya masuk jugak kedai accessories. Belek2 cekak rambut bling2. Apa la aku nak buat dgn cekak rambut tu. Im wearing tudung. Dah lama buang ,masa g2, baru teringat yang barang dapur 1 pun xde lagi. Saya pun terus masuk Giant. Br je masuk, ada penguman, “terima kasih kerana menjadi pelanggan kami..Kami akan tutup kedai kejap lagi”…Lebih jurang g2 la. Aiyak, br masuk, dah nak tutup. Saya sempat capai bawang merah, bawang puteh, bawang besar, cili, teh dan susu je. Bayar, Giant pun tutup. Huuuu…
Kedai2 lain kat mall tu pun dah start kemas2 nak tutup. Saya cepat gi tempat bowling balik. Arjuna dah nak habis main game ke3. Sempat gak la borak2 dgn isteri bos Arjuna. Dan sempat jugak makcik tu ajak saya join program Mesra Felda wiken ni. Makcik tu kata, “ kalau kat Felda ni, isteri2 pegawai mmg ada persatuan. Nama dia persatuan Suri. Mmg kita ada program kemasyarakatan sendri la. Jumaat ni ada Datin nak melawat rumah org2 susah. Mari la ikot. Kita iring Datin..” Haaaa?...Makcik, saya xnak iring Datin. Saya nak jadi datin!..Tapi saya x jawab g2 la. Sengeh je. Hohoho..Arjuna mmg dah bgtau pasal geng2 bini pegawai ni. Tp, kalau nak tau, dlm Felda ni, ada dua generasi. Generasi ayah ibu kita iaitu generasi pakcik makcik & generasi sebaya kita semua. Takde generasi pertengahan sbb bbrp tahun lalu Felda x amik pekerja baru. Batch Arjuna la batch awal yang masuk Felda setelah lama Felda x amik pegawai baru. So, yg ada dlm persatuan Suri tu, makcik2 je la. Generasi baru cam saya yg mmg dah ada kerjaya ni xkan nak join. Makcik2 tu boleh la sbb mmg derang xkerja. Duk rumah je. Aiseh. Camne nak mengelak ni. Karang kata sombong plak. Huuuuu….
Tak berapa lama, game pun tamat. Arjuna dpt no2. Dia sgt frust sbb beza 2 mata dari juara. Alahai, xpe la bang. Lain kali main lg. tp Arjuna ralat sbb dia nak piala juara tu. Piala tu sgt comel. Tak pe. Xde rezeki bang…Otw balik, Arjuna & member singgah kedai makan. Saya pun ikot sama la. Masa tu dah kul 11.50pm. Derang order nasi, tomyam campur & ikan siakap tiga rasa. Hahhh, tu la sbb saya makin gemooookkkk sejak slps kawen. Arjuna yg bsalah!!!!!
Sampai rumah dah kul 12.30pm. Pas iron baju, terus tido.

Day 9… Kerja mcm biasa. Gi kedai Astro, daftar Astro. Mana boleh hidup beb tgk TV1 & TV2 je. Balik rumah, terus kemas dapur sampai mlm. Dapur kami dah lengkap. Ada2 pinggan cantik hadiah kawen. Ada set kopi hadiah kawen. Ada mangkuk2 kaca hadiah kawen. Ada toaster dan pemanas air hadiah kawen. Tp dlm byk2 hadiah tu kan, 1 je xde. Dulang!.. Xde org bag dulang pun. Sbb tu, saya ni, kalo bg hadiah kat org kawen, saya suke bg dulang cantik sbb saya tau semua org nak bg gelas & cawan. Xde sapa tfikir dulang kan.

Day 10... Saya cuti hari ni. Saja amik cuti sbb nak kemas rumah & berehat. Pagi2 lagi bgn sediakan sarapan untuk Arjuna. Air je sbb dapur xde lagi. Dapur dah ada sebenarnya. Tapi kabinet yg order hari tu lom sampai. So, xle la nak pasang dapurnya. Pg, sarapan Arjuna beli kat kedai bdekatan je. Pas salam2 kiss2, Arjuna gi keje, saya pun mula wat kerja rumah. Mcm suri rumah la rasanya.Hehe.. Saya kemas2 baju2 kami yg blambak tu. Lom sampai tengah hari saya dah siap semua. Bosan plak. Xjadi la jadi suri rumah. Huuu..
Malam, bos Arjuna ajak mkn mlm sama2 kat kedai. Saya siap2 la. Tp Arjuna pakai kain pelikat dgn baju melayu je. Dia ckp, mkn kedai dlm felda je. Mmg org pakai g2. Seb bek saya pun menyempoikan diri jugak. Juz pakai t shirt dgn suar tido. Suar tido yg proper la. Tengok2, bini bos, juz pakai kain batik je!!.. Mmg rs cam pelik la. Mkn kat luar tp pakai g2. Masa tgh mkn2 tu, bini bos duk ajak saya join program Mesra Felda Jumaat ni. Nak jugak saya iring datin nanti. Aiseh...Aiseh..Aiseh!!!!

Day 11... Hari ni la...Br ada ms nak online. Ni pun curi2 je. Kabinet dapur & meja mkn dah sampai. Hidup dah terurus dah ni. Pas ni insyaAllah boleh selalu online...

Fuhhhhh !!!!....Itu la cerita saya . Hidup di tempat baru. Belum stabil. Dan saya nak mintak maaf byk2 sbb xde ruang nak selitkan masa untuk attend bbrp weding kawan blogger tsayang yg sudi menjemput. Sedih tau sbb xdpt sama2 bkongsi gembira di hari bahagia kamu semua. The feeling slight deep sbb I think we really know each other preps kan. Sgt2 teringin nak tgt semua apa yg dirancang kamu sblm ini terzahir dlm bentuk reality. Saya doakan korang semua hepi sampai bila2.
Dan doakan saya juga ek. Supaya dpt hidup dgn lebih teratur dan sempurna.

8 comments:

  1. yeah!! she's back!!!!!!! hugs~

    ReplyDelete
  2. fuhhhh penat mata mbace hehe ;D welcome back kak!

    ReplyDelete
  3. wahhh memang panjang!!! huhu mmg betul2 bayar hutang blogging ni hehehe....tp fara bc sampai habis tau

    ReplyDelete
  4. hey, time awak g MesraMall tu pn sy g jgk.. lenkali dtg MM call sy, boleh jumpe2~

    ReplyDelete
  5. wah..panjangnye citer dia ;) selamat berbahgia utk awk juge :D

    ReplyDelete
  6. xora ~ yeah babe...t i khatam ur stori ok...

    asna ~ btol ke bc ni?...akak sendri pun dah mls nak baca balik semua yg akak mbebel tu sbb pnjag sgt..

    farah ~ hutang perlu dibayar kan..hehe

    fara ~ saya nak msg awak ms tu, tp sy takot awak nak gumbira2 dgn en fathi..t lain kali i kol awak..

    alin ~ hehe....tenkiu dear..

    ReplyDelete
  7. ehhh 1st card tu mcm my wedd card.heehehe

    ReplyDelete
  8. wah dear, ada post special pasal i neh. i baru dapat link ni dear.. wah..:) hee. thanks so much atas doanya. :)

    diah : kad sama ke? kebetulan je tu, idea suami & me sendiri:)

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)