kita2.... ;-p

Thursday, October 21, 2010

blog 1st anniversary

Waktu berganjak. Kadang kala seperti berlari. Kadang kala seakan merangkak. Terus ke depan. Tanpa berpatah. Dan dengan senyuman, Tales About White Lace And Tiara menyambut ulang tahunnya yang pertama hari ini!!. Kepada Anah dan Yanie Budak Gebu , anda follower terbaru!..Terima kasih banyak2 yea..

Setahun yang lalu, blog ini bukan apa2 pun. Sekadar coretan malu2 si gadis yang sedang mula melakar ceritera ikatan cintanya. Dengan entry pertama, lirik lagu "Ku Percaya Pada Cinta" sebagai simbolik keyakinan hati untuk mengikat janji dengan sang kekasih, blog ini bertatih hari demi hari. Saya akui, saya amat segan waktu mula2 menulis perihal peribadi masa mula2 dulu. Saya lebih banyak menulis tentang persiapan perkahwinan semata2 untuk bertanyakan pendapat kawan2. Lama kelamaan, saya selesa jadikan blog ini sebagai tempat luahan perasaan, sebagai tempat coretan diari hidup, tempat saya saling berkenalan dengan rakan blogger yang lain. Tidak disangka, saya punyai ramai kawan dari sini. Tidak kenal satu sama lain, tp cukup akrab di hati kerana masing2 tahu kisah masing2. Malah, perkenalan di sini terbawa2 ke luar.

Mula2 dulu, saya meniti di From Kerteh To Bangi. Dr situ, saya mula dapat jejak Spreed My Happiness dan Once A Bride To Be Story. Terserempak pula dengan My Info Diari. Kemudian, sangay teruja bila jumpa Her Wedding Diaries yang senegeri dengan saya. Tak lama, saya dan Road To Bliss saling tinggalkan komen di ruang masing2. My Note pula sudi datang majlis perkahwinan saya. Saya sendiri, pernah jumpa Asna Cute di majlisnya. Dan hari ini, list blogger dalam laman saya sudah panjang sampai ke bawah. Tak jemu dibaca.

Saya tahu, sebahagian besar pembaca blog ini datang dari kawan2 yang tak mengenali saya secara personal. Itu buat saya selesa untuk bercerita. Tapi, saya juga tahu, kawan2 saya di luar laman sesawang ini juga, ada yang rajin menyinggah..Malah, ada yang singgah semata2 untuk mengetahui perkembangan hidup saya. Segan pula rasanya bila jumpa mereka in real life sebab mereka seakan tahu semua mengenai saya. Nak di'private'kan blog, rasanya tak adil untuk meraka yang membaca secara tegar selama ini. Tak apalah. Jika saya mahu mengamuk mengata orang, boleh saja private kan entry kan..

Buat semua yang mengenali Tales About White Lace And Tiara, mohon maaf kiranya selama ini blog ini mengguris hati anda. Rajin2 lah singgah lagi. Dan jangan lupa komen supaya saya tahu isi hati anda!



P/s: saya dah mula 1st DIY projek for my sis e-day....Buat sendri dgn gigih nih..Can u guess what is this???It obvious rite?..Haha

13 comments:

  1. Cik Senah teka naa...samada...

    1- bantal utk di duduk ( utk upacara sarung cincin tunang )

    ATAU

    2- bantal utk letak hantaran ( stail nie femes sejak aida gadis melayu kawennn..hantaran dia guna bantal kaler kelabu.. lawaaaaa.. )

    ReplyDelete
  2. bantal! bantal! tp bukan bantal busuk kekeke =) akak buat utk adik akak. jgn nti Abg arjuna akak wat bantal peluk sudah hehehe ;D

    ReplyDelete
  3. nak teka nak teka.--bantal hantaran?

    ReplyDelete
  4. bantal hantaran! betul tak? hehehe

    ReplyDelete
  5. its bantal hantaran kot.. heehehehe..

    happy 1st anniversary to http://hatiharzharun.blogspot.com!

    keep on blogging babeyh!

    ReplyDelete
  6. hello dears!!!...
    i sgt teruja wat prep tuk my sis...sepatotnya dia jahit sendri benda itu..i juz deco...tp lmbt sgt nak tunggu dia balik dr Sabah n jahit...so, i pun jahit sendri...jgn ditenung pada jahitan ok...yg penting dr jauh nmpk elok..hehe

    ReplyDelete
  7. wahh..gigih kau menjahit. buleh buat part time kau! :D
    ehh..dah setahun yer? :) aku dulu belog sekadar suka2. takde langsung entry2 nak share DIY la, pasal vendor la. zaman tu dah berlalu. happy anniversary TAWL&T :)

    ReplyDelete
  8. happy anniversary blog ini! hehe. teringat dulu time baca blog ni time harz review balik part by part harz nye wedding day.. =)

    ReplyDelete
  9. Slamat ulangtahun...semoga blog ini akan terus dengan coretan2 yang comel dr mu pn.harz...hehe

    ReplyDelete
  10. wahh...setahun sudah.congratz...

    ReplyDelete
  11. wah..dh ada anniversary tuu!!!keep on blogging babe..eh.kad sampai lom? risau tak sampai lak..haish

    ReplyDelete
  12. hoyehhh..hepi anniversary for ur blog. aku ingat lagi time mule bace blog ko, ko asyik bebel je pasal baju tunang ala maya karin! hehe. pastu alter baju la ape la..arjuna bagai..hehe..weih..bantal hantaran kan.

    pasni ko diy la baju tido sexy pulak. letak renda, etc. haha. post kat blog!

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)