kita2.... ;-p

Monday, January 24, 2011

di sini dan di situ

Your Pregnancy: Week 8
Playing host to an ever-growing embryo does take a toll. Heavy fatigue may be setting in, along with abdominal cramping and tender breasts. Treat yourself gently, and it doesn't hurt to remind your partner to do the same. Though it's not showing yet, you're growing a little person in there!


Hello..
Nampak tulisan merah di atas? Itu satu penegasan. Heavy fatigue!!Ya... Saya sangat penat. Tak tau kenapa penat sedangkan tak buat apa2 yg memenatkan pun.

Lastwik, ada tcakap kat ibu yg saya makan mee kari kat satu jamuan perpisahan staf. Mee kari tu langsung tak sedap walaupun orang lain mcm berebut2 nak tambah. Tiba2 rasa nak mkn mee kari yg ibu buat. Balik rumah last wiken, hari Jumaat, ibu terus buat mee kari. Sangat sedappp!!.. Saya nak mkn byk, tp tak boleh sbb tekak raya loya2. Tp loya saja. Tak muntah pun. Pelik. Makan masakan ibu dua hari tu, langsung tak muntah walaupun loya. Biasanya, pas makan, terus muntah. Huhu...

Balik wiken tu, byk jugak benda yg saya dan ibu bincang. Apalagi kalau bukan pasal wedding kak ngah. Lambat lagi. Hujung bulan 11 nanti. Tapi, memandangkan selepas2 ni saya akan sibuk dengan satu anugerah Tuhan ini, saya terpaksa buat prep seawal mungkin. Ibu pun dah risau2. Takut saya tak dapat nak tolong uruskan wedding kak ngah. Jadi, balik baru ni, kami mulakan langkah. Saya dah buat buku sal wedding prep kak ngah dah pun. Langkah pertama adalah buat bunga pahar. Kenapa nak buat?Kenapa tak beli je. Entahlah. Dah jadi habit. Semua benda nak DIY. Hurmm... Ada 100 bunga pahar yg nak kne buat. Kalau buat 2 batang setiap malam, perlukan 50 hari tuk siapkannya...Hurmm...Kali ini, saya masih mahu guna kristal. Dah tau mcm mana nak buat dgn lebih cepat dan mudah. Cik Belle dah tolong ajarkan. Siap ada video lagi. Masa saya buat tuk hantaran saya dulu, saya tak tfikir pun nak guna gam supaya kelopak2 kristal tu lebih kukuh. Thanx to Cik Belle sebab kongsi idea.

Seterusnya, bincang dgn ibu sal design kad kahwin. Kali ni kami nak buat awal2. Tak nak kelam kabut last minit mcm saya dulu. Dah serik. Huhu..Ibu sgt jatuh hati dgn design kak kahwin Huda..So, Huda, aku mintak izin guna idea ko yea...

Kemudian, T-shirt untuk penanggah. Pun ibu dah beli. 12 pasang je. Tak cukup tu. Kne tambah lagi. Tp dah habis stok. Kne tunggu stok baru. Tp baju tu mmg sangat mengikut tema! Suke!.

Sabtu, teman Arjuna gi beli gadget baru idaman kalbunya. Idaman kalbu saya jugak sebenarnya. Hehe..Petang, terus testing di Pantai Batu Buruk.
Budak ini sebenarnya yg beriya2 nak main pantai..Hepi sungguh muka dia kan. Hehe..

Abang2nya lah yg dipaksa buat sand castle..Untungnya ada abang2..Hahaha..

My brother acik, tiba2 balik dari Medan. Sbb rindu adik katanya. Ishk, mentang2 ada kakak2 yg boleh di paw, dia beli tiket flite mcm beli tiket LRT!


Model t shirt bandung bersama budak kecik...


Shoot by me..Yeahhh!!!...Suke tgk pic ni!..Haha..

Anak2 duk bermain, ibu ayah relax dating tepi pantai sambil makan keropok lekor..This is the ordinary scene at Kuala Terengganu..

One happy family...Tiada dlm gambar ialah kak ngah sbb jauh di Sabah...Jgn nanges ye kak ngah..Hihi..

Motif gmbr ni??Tak de pape..Saja test skill..Kot2 ada..Heee...

Begitulah cerita wiken. Kami balik ke Kerteh, malam pas suka suki di pantai tu. Esok pagi, saya sangat penat. Bangun solat Subuh. Kemudian nanges sbb sangat malas pergi kerja sedangkan Ahad adalah hari cabut gigi. Dalam tergolek2 di atas katil tu, berjaya dapatkan Dr untuk ganti saya cabut gigi hari tu...Owh, inilah kali pertama saya tak berdisiplin begini. Amik emergency leave sesuka hati. Tp nak buat mcm mn, badan sangat penat. Heavy fatigue! Saya tidur saja seharian suntuk. Huhuhu...

Arjuna suruh saya jumpa Dr. Nanti Dr bg suppliment kah supaya tak penat & tak malas?? Huhu..Saya tak tahu kenapa..Saya sgt susah nak pergi jumpa Dr. Kamu pelik? Saya sendri pun pelik.. Ni, dah bp kali bgn berazam nak gi jumpa Dr sebelah. Tp tetap x jadi. Owh, penyakit apakah ini? Bukan takut Dr. Cuma...Entah lah..Huhuhu...

Semoga kemalasan dan kepenatan ini berakhir dengan cepat.

10 comments:

  1. ada lg tempoh sebulan nk habiskan 1st trims nie kak. Insyallah akak kuat dn boleh. Penat2 tue biasa jer la. If boleh tido awal tido jer tau =)

    Asna tau akak kuat =))

    Take care!

    ReplyDelete
  2. kamu taknak jumpa dr sebab doktor tu dah ada dalam diri kamu.... boleh x jawapan camtu?

    ReplyDelete
  3. setuju sgt ngan ryn..ehehe :)
    mungkin?
    dear, take care tau.
    kejap lagi insyaAllah penat tu berkurangan :)

    ReplyDelete
  4. kak harz... mmg betul, sgt penat yg teramat sgt..., mls pown tahap max.. huhuhuhuh....beza nyer, wani x berselera sgt nk mkn.. tp lebih kepada nk rehat n golek2 atas katil jer... (ader jugak penyakit cani ye)

    ReplyDelete
  5. rindu nye kt pntai.. nak makan bnda2 yg bercelop tepung.. nak minum air jagung...o lalala...
    nasib nextwek bley makan...

    nak g mydin ganu..nak mkn laksa sedap!! hahaha...

    tak sabar nye nak balik ganu!!! -yeyeyeye

    ReplyDelete
  6. aaa ko dah beli dslr idaman kalbu aku tu yeh? wawawawa jelessss!

    ReplyDelete
  7. hehe..betul2..awal2 ni rsnya sume mummy to be mengalami sindrom penat yg amat sgt walaupun xde ape2 yg dibuat..hehe..juga tahap kemalasan yg melampau2..hehe..InsyaAllah, by times flies, sume tu xde lg dah..hehe..

    ReplyDelete
  8. babe, penat itu sgt normal okeh. sangat cepat letih dan kadang2 cam susah nak nafas pun ade.

    take care. insyallah, lepas nie ok tau!

    ReplyDelete
  9. bertahan k..sindrom kemalasan adalah salah satu sindrom pregnant mummy yg takleh nak wat pape laaa..haha..

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)