kita2.... ;-p

Monday, July 14, 2014

mcm tak akan beraya sgt je tahun ni

Fuhhh tajuk x best kan.

Lastwik, Arjuna amik cuti dari hari Isnin - Rabu. Dia nak balik kampung, amik ma, bawa berubat batu karang kat Melaka. Khabarnya, pengamal perubatan tradisional kat Melaka tu, mampu menyembuhkan sakit batu karang sehingga ada seorang Cina dari Singapore sanggup hadiahkan sebiji kereta kat beliau selepas bebas dari kesakitan tanpa perlu buat pembedahan. Wahhh...Bunyi sgt menarik kan.

Jadi, selepas sahur hari Isnin, Arjuna siap2 terus bertolak balik Rantau Panjang utk amik ma. Saya plak, terus masuk dlm selimut nak sambung tido. Sekali Arjuna kol, "Yang, bonus dah masuk ni. Nak ikot gi Melaka x? Soping baju raya"....Mata yg layu terus jd segar bugar. Hehehe...

Arjuna patah balik amik saya dan anak2. Alaaa, dia bukan dah jauh pun..Dia gi isi minyak, masuk atm, nampak ada pertambahan duit dlm akaun..Terus kol bini dia yg dah lama merungut xde baju raya neh. Heeee...

Saya terus mandi, kejutkan anak2..Baju2 main campak je dlm bag...Masa tu baru kul 6.30am..Anak2 of kos la liat nak bangun..Angkut je derang dlm kereta tanpa mandi. Perjalanan K.Trganu ke Rantau Panjang dlm 3 jam..Tp 3x kot berhenti kat stesen minyak.I cerry berry u ols!!...

Sampai je rumah MIL, mandikan anak2, terus bertolak ke KL...Plannya, mlm tu tido rumah SIL..Esoknya pepagi gi Melaka..Setel urusan MIL, nak check in hotel kat Melaka..Then tinggalkan MIL dgn kak MIL lepak kat hotel, kami soping raya. Heeee... Kakak MIL merangkap mak sedara Arjuna pun ikot jugak..Saja nak temankan katanya...

Kami sampai Sri Kembangan, rumah SIL ngam2 nak azan Margrib..Perjalanan dah la lambat sbb Kelantan-KL xdak highway...Tambah lg bnyk berhenti sbb saya dan Qasyaf asik berak...Rasanya sbb penangan bubur lambuk yg kami mkn malam tu...huuuuu...

Esoknya, pepagi lagi gi Melaka...Tetiba SIL nak ikot plak dah..Sanggup amik EL...Tak jadi la check in hotel Melaka sbb kne hantar dia balik semula kan..Aiseh....

Kat tempat berubat tu, fullamak...ramai sungguh org..MIL dpt no 56...Current no adalah 30...Arjuna ckp, xyah la ramai2 tunggu kat sana...Mak sedara dia n SIL beserta anak2 dia dah teman MIL..Arjuna ajak ronda soping complex Melaka...Blom pun kami sampai soping complex, SIL kol ckp dah siap...Org tempat berubat tu panggil pesakit yg ada baby dulu...Lorrr....

Kami patah balik, amik derang dan Arjuna bawa pergi Aeon Melaka...Tak syok wei nak round dgn MIL yg sakit tunggu tcongok atas kerusi...Kesian plak...

Kami pun btolak balik...Singgah Nilai umh BIL..Buka puasa situ...Then balik Sri Kembangan...Huuuu...

Esoknya, pepagi dah btolak balik Kelate..Makanya, xde la aktiviti menyoping raya...

Khamis baru masuk klinik...Suram2 kuku je patient...

Ni, Arjuna duk berkira2 nak balik kampung lg...MIL demam plak..Dan sakitnya x hilang pong!...Kali ni kne paksa ke hospital la..Dah la MIL x makan langsung...Asal mkn je nak muntah..Baring je melepek..Nak biar sampai bila kan...Huuuu

Mlm tadi dah setel bli baju raya pertama yg sedondon...Tp, kalo keadaan MIL berterusan macam tu, tak beraya sgt la kami tahun ni.......

3 comments:

  1. sis...tooth mousse dah smpi...thanks ya

    ReplyDelete
  2. Uik..sampai melaka...dah dkt dah ngan umah i tau..eh umah my mom :)

    ReplyDelete
  3. Moga mak mertua kak HArz cepat sembuh nak beraya. itulah org tua-tua ni memang payah nak dibawak ke hospital. Mak saya pun macam tu. Kemain payah nak pujuk suh g spital. Macam2 kekdah guna ha...Hehehe. Betul la kan dalam Islam pun cakap bila kita makin tua, makin perangai kita keanak-anakan. Huhu.. Apapun, semoga urusan Kak Harz dan family dipermudahkan Allah sokmo. Selamat Hari Raya in advance! Hehe..

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)