Hello peeps!!..
Minggu kedua Syawal dah neh. Tp cerita raya dari saya blom ada satu pun lagi kan. Sebenarnya hajat di hati, nak update blog bila dah transfer gambar raya. Tp ntah bila la nak transfer. Laptop ada kat klinik. Kamera ada kat rumah. Asik lupa nak angkut camera DSLR yg gabak tu ke klinik. Nak angkut laptop balik rumah? xde maknanya hoi. Jadi, marilah kita bercerita raya dgn hanya menampal sekeping dua gambar raya yg ada dlm handset cabuk ni.
Raya tahun ni, giliran kat Rantau Panjang Kelate. Saya x tahu lah org Kelate lain mcm mana, tp family Arjuna, raya puasa mmg derang x beriya sgt. Tak meriah. Takde bersungguh2 rempuh jem untuk beraya ke rumah semua sanak saudara dan kawan. Malah xde pun yg buat rumah terbuka. Derang banyak lepak kat rumah saja. Bosan la jugak. Bukan bosan la jugak..Mmg bosan..Tp oleh kerana mahu adil, mahu bertimbang rasa, kena sudi2kan hati, lapang2 jiwa utk balik beraya kat Kelate jugak if dah sampai giliran balik Kelate kan.
Tambahan pula tahun ni, MIL masih x sihat. Suam2 kuku saja sambutan raya kami. Utk makan raya pertama, my SIL tempeh nasi komok saja. Tau x nasi komok?..Google je la. Hihi… MIL mmg x sentuh dapur langsung. Biasanya, MIL akan buat ketupat palas, tapai pulut, nasi impit dan nasi dagang. Tp tahun ni x de semua tu. Ada nasi impit je yg saya usahakan dgn SIL. Kalo x masak langsung, mmg x rasa raya la kan.
Pagi raya, kul 6.30am lagi dah kejut anak2. Nak gi solat sunat Aidilfitri. Nak serap bahang raya sket. Seb bek derang behave. Sgt memberi kerjasama. Kami solat kat masjid besar Rantau Panjang. Lebih dikenali sbgai masjid Beijing sbb senibinanya kot.
Punya la awal sampai masjid sbb nak chop tempat tepi
dinding..Ye la kan..Takot anak meragam..Qisya dgn saya. Qasyaf dgn dedi.
Usai solat, otw balik rumah, cari ais dulu. Ishk, ishk, pagi
raya baru thegeh2 cari ais. Ada je kedai buka. Balik rumah, makan2 dan makan2.
Layan tetamu makan2 dan makan2 lg. Qasyaf mcm excited benor sbb sepanjang hari ada makanan thidang atas
meja. Asik makan je. Qisya plak tido dr lepas balik masjid sampailah kul 2ptg
kot. Lama kan..Dia ratu tido.
Ramai jugak tetamu dtg rumah. Sbb derang tau MIL sakit kan.
Dtg tengok org sakit la kiranya. Sambil2 beraya. Petang baru ada masa bergambar sekeluarga.
Hari raya kedua, pun x best jugak…Separuh hari lepak di
rumah. Then pergi beraya rumah kawan Arjuna. 2 buah rumah je.
Hari raya ketiga, sepagi Arjuna duk sebok baiki paip rumah.
Kul 2ptg, kami bergerak balik KT. Otw, singgah Pasir Mas. Beraya rumah kawan
saya sorang, beraya rumah kawan Arjuna sorang.
Hari raya keempat saya dah selamat buka klinik dan Alhamdulillah,
rezeki hari tu murah.
Haaaa, itu je lah cerita raya saya. Tak best kan.
Tp kalo x cite kat sini kang, tahun depan nak recall balik x
ingat dah. Hehehe..
Saya macam nak buat rumah terbuka je. Tak pun nak ajak
kawan2 buat potluck. Kami geng dentist Terengganu blom berjumpa dan beraya pun
lagi neh. Tgk la macam mana.
Itu saja. Daaaaa!
hi harzzzz....... lama rasanye tak komenn kat blog ko ni..haha...
ReplyDeleteselamat hari raya doctor!! ok bai
anak dara makin cun da...
ReplyDeleteWah merahnyaaa. Selamat hari raya harz! :)
ReplyDeletelama tak jenguk blog weh.
ReplyDeletesorry hr tu wassap ko pun aku balas separuh je.